Persahabatan…
Pujangga pernah berkata, persahabatan
yang tidak jujur umpama meniti buih di lautan. Hamparan buih nan
memutih, hanya indah di luaran namun melewatinya bererti menuju ke
jurang kehancuran .Mencari sahabat sejati bukanlah mudah….ramai yang
bersama berkongsi suka, namun kurang yang ingin menemani kita meniti
duka.
Sahabat sejati nilainya tiada bandingan.
Dia ibarat berlian yang terbenam di dasar lumpur. Meskipun berbalut
kekotoran, gemerlap sinarnya terserlah jua. Sahabat sejati juga
menjunjung erti setiakawan, kejujuran dan bertanggugjawab. Sama
bergembira di waktu senang, membimbing dan membantu sewaktu diri
tergelincir dari batasan.
Meskipun mungkin menegur itu mungkin
disalahtafsirkan, tetapi atas dasar tanggungjawab sebagai
sahabat….diteruskannya juga. Sahabat sejati tidak semestinya perlu
berada di sisi kita setiap masa. Mungkin dalam setahun, pertemuan
dengannya boleh dihitung dengan jari. Namun, hubungan dalaman yang erat
terjalin sebati di dalam jiwa. Biarpun jauh, nilai persahabatan yang
sedemikian akan tergenggam erat dalam diari ingatan.
Menurut Imam Ghazali, persahabatan itu
harus dilandaskan dengan jiwa yang bersih.Malah, Rasulullah S.A.W pernah
bersabda:”Tidak sempurna iman kamu jika kamu tidak mengasihi kawan
lebih drp kamu mengasihi diri sendiri”.Begitulah besarnya pengertian
persahabatan dalam islam bersandarkan konsep persaudaraan. Justeru itu,
marilah kita bersama2 merenung dan mengamalkan hak-hak persaudaraan dan
persahabatan seperti yang digariskan di dalam Kitab Bimbingan Mukminin-
Imam Ghazali ini.
Secara ringkasnya…
1) Hak dalam harta
dalam sebuah hadith ada disebutkan
bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Perumpamaan dua org
saudara adalah seperti dua tangan yang satu membersihkan yang lainnya……
H.R dailami. Hadith ini menyebutkan bahawa dalam persahabatan itu perlu
ade saling bantu membantu dalam menunaikan tujuan yang satu.tujuan yang
utama itu ialah bahawa kita sebagai sahabat perlu memberikan sahamnya
secara bersama2 baik dalam keadaan suka dan duka ,gembira dan sengsara.
2) Hak dalam memberi pertolongan dengan tenaga dan lain-lain
salah satunya adalah hak untuk memenuhi
keperluan sahabat. .Apabila seorang kawan berhajatkan bantuan dan kita
pula mampu untuk menolongnya, bantulah dia..dengan disertai wajah yang
manis,ramah tamah, ikhlas dan air muka yang gembira untuk menunjukkan
bahawa…..kita suka apabila sahabat kita itu meminta bantuan drp kita.
Seorang ulama pernah berkata:
Perhatikanlah saudara-saudaramu itu dalam 3 persoalan iaitu jikalau ada
yg sakit, tinjaulah dan jikalau ada yang dalam kesibukan, berikanlah
pertolongan dan jika ada yang dalam kealphaan, maka peringatkanlah
ia………Dalam hal ini Allah taala ade berfirman:
“Orang2 mukmin ialah yang saling
kasih-mengasihi antara sesama mereka itu” ayatullah ini menunjukkan
supaya kita saling sayang menyayangi dan kasih mengasihi dengan sahabat2
kita.
3) Hak dalam lidah dan hati
Ada dua perkara iaitu berdiam diri dan
berkata-kata. Berdiam diri maksudnya, sebagai seorang sahabat yang
baik..seharusnya kita tidak boleh bercakap2 tentang keaiban
sahabat..bahkan perintah menutup aib org lain juga..perlu dipraktikkan
kepada seluruh umat manusia..Tidak menyebarkan keburukan sahabat baik
semasa sahabat berada di depan ataupun tidak. Dan jika sahabat itu
bercerita kepada kita tentang rahsianya, tidak wajarlah kita
menceritakan kepada sahabat2 yang lain pula.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Barangsiapa yang menutup cela
saudaranya, maka Allah ta’ala akan menutupi celanya di dunia dan
akhirat” Riwayat Ibnu Majah. Dalam riwayat lain ada menyebutkan:
Sabda Rasulullah: “dua org yang duduk bercakap2 itu harus disertai dengan amanat.Tidak halal salah seorang di antara keduanya itu menyiarkan mengenai saudaranya itu akan sesuatu yang tidak disenangi olehnya
” H.R Hakim”
Sabda Rasulullah: “dua org yang duduk bercakap2 itu harus disertai dengan amanat.Tidak halal salah seorang di antara keduanya itu menyiarkan mengenai saudaranya itu akan sesuatu yang tidak disenangi olehnya
” H.R Hakim”
Sebaliknya pula jika ada perkara baik
atau pujian sampaikanlah berita2 gembira pada sahabat itu. Rasulullah
pernah bersabda:”Mohonlah perlindungan Allah dari pada tetangga yang
jahat, apabila melihat kebaikan org lain ia selalu menutupinya dan
apabila ia nampak keburukan, ia selalu menampak-nampakkannya H.R
Bukhari.
Dengan berkata-kata pula,ialah saling
nasihat menasihati,mengenali dengan lebih mendalam lagi sahabat2 dengan
cara berkomunikasi. Sabda Rasulullah s.a.w: “Apabila seseorang dari kamu
semua mencintai saudaranya,hendaklah memberitahukan hal itu kepadanya”
H.R Abu Dawud,Tirmidzi dan Hakim. maknanya di sini..kita bagitaulah
kepada sahabat kita yang kita menyukainya..agar selepas itu..sahabat
akan lebih sayang kepada kita.
Selain itu, salah satu cara menunaikan
hak sahabat ialah memanggilnya dengan gelaran yang paling disukai oleh
sahabat itu. Ini akan lebih menggembirakannya.
Umar r.a pernah berkata: “Ada 3 perkara yang dapat menjernihkan kamu mengenai kecintaanmu kepada saudara2mu..iaitu, engkau mendahului mengucapkan salam sewaktu bertemu dengannya,hendaknya engkau memberikan ruang tempat duduk untuknya di dalam majlis dan hendaklah kau panggil ia dengan nama yang paling disukainya”
Umar r.a pernah berkata: “Ada 3 perkara yang dapat menjernihkan kamu mengenai kecintaanmu kepada saudara2mu..iaitu, engkau mendahului mengucapkan salam sewaktu bertemu dengannya,hendaknya engkau memberikan ruang tempat duduk untuknya di dalam majlis dan hendaklah kau panggil ia dengan nama yang paling disukainya”
4) hak dalam memberi kemaafan
Memaafkan saudara adalah satu perbuatan
mulia..baik kesalahan itu dilakukan secara sengaja ataupun tidak.Jika
kesalahan sahabat itu bertentangan dengan agama, wajiblah menasihatinya
dengan ramah dan lemah lembut. Seorang ulama pernah berkata: “Kemuliaan
hati ialah dengan jalan memberi maaf kepada kesalahan2 sahabat2mu”
5 )Hak dalam mendoakan
Mendoakan sahabat baik semasa hayatnya
ataupun matinya.Doakanlah kesejahteraan dan kejayaan saudara2
sebagaimana kita mendoakan untuk diri kita sendiri. Sabda Rasulullah
s.a.w: “Apabila seorang itu mendoakan untuk saudaranya di kala tidak
berhadapan dengannya, maka berkatalah malaikat:Kamu pun menerima
sebagaimana doamu itu”
H.R Muslim.
H.R Muslim.
Begitulah secara ringkasnya..(banyak lagi sebenarnya)…
Sahabat2 yang di dalam rahmat Allah,
Begitu besarnya pengetian sahabat
menurut islam.Semua umat islam adalah bersaudara.Sudah sewajarnya kita
saling sayang menyayangi,hormat menghormati dan bantu membantu..dan
dalam erti kata lain, memenuhi hak2 sebagai seorang sahabat . Pilihlah
sahabat yang dapat membawa kita kepada kebaikan.Tidak dinafikan pengaruh
sahabat besar dalam hidup kita.Sekiranya kita dapat menasihati kawan
yang tergelincir sedikit, itu sebaik-baiknya.
sebelum berundur..hayatilah maksud hadith ini..
“Bertemankan si pembuat haruman, walaupun kita tidak meramu wangian, namun harum aromanya tersebar jua, bertemankan si pembuat besi, walaupun tidak menempa besi, percikan baranya terkena jua”
sekian dulu.. sebarang kesilapan..harap diperbetulkan bersama..insyaAllah.
wallahua’lam..
No comments :
Post a Comment