Friday 19 December 2014

RUMUSAN - Peranan ICT dalam penyebaran dakwah dalam era globalisasi

Peranan ICT dalam penyebaran dakwah dalam era globalisasi



Prof. Madya Dr Syed Muhammad Dawilah al-Edrus

Pengarah Pusat Islam,

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia



Ustaz Mohd. Lutfi Solehan

Penolong Pendaftar, Fakulti Pengurusan Teknologi,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 

Sekilas ulasan...

Dakwah merupakan satu amanah Ilahi yang bersifat mulia atau sakral. Pekerjaannya diwariskan oleh Allah kepada para anbiaya' dan awlia' dari satu generasi ke generasi. Dakwah dan hikmah merupakan dua kalimat sinonim yang sarat dinukilkan di dalam alQuran yang dikaitkan dengan kualiti ulu al-bab para pendakwah. Sebagai contohnya gerak kerja para Nabi dan Rasul sebagai da'i di dalam menyampaikan syariat Allah kepada ummatnya. Mereka dibekalkan dengan ilmu dakwah yang mantap dan cekap yang  mencernakan kualiti unggul ulu al-bab. Dalam konteks pemikiran semasa (fikrah almu'asirah) 


 yang bertanggungjawab melakukan dakwah adalah tugas ummat Islam yang 
tiada sebarang pengecualian. Semua sumber daya usaha ummat mesti digembeling ke 
arah memperkasakan iltizam dan meningkatkan tindakan kerja-kerja dakwah. Justeru 
penggunnaan ICT sesuatu yang releven dan penting digunakan bagi mempertingkatkan 
keberkesanan penyebaran dakwah kepada khalayak yang lebih ramai. Inilah satu daripada 
kaedah dakwah dalam menghadapi cabaran dan gugatan kerakusan serangan globalisasi 
kini. Kertas ini cuba mengupas persoalan ini dan cuba memberikan cadangan 
penyelesaian yang munasabah. 




A. PENDAHULUAN

DEFINISI DAKWAH
Darisegi bahasa
Darisegi bahasa " dakwah" adalah ambilan daripada perkataan arab dan merupakan
masdar (kata benda) dari kata kerja da'a yad'u yang berarti panggilan, seruan atau ajakan.

Dari segi Istilah
       Dakwah ialah panggilan kepada Allah atau pun seruan kepada agama islam. Oleh itu , agama dianggap sebagai risalah. Ia juga membawa pengertian bahawa islam adalah termasuk agama yang memgajak manusia untuk menganut prinsip yang diseru olehnya. Al-dakwah juga boleh ditakrifkan sebagai seruan kepada Allah mempercayai sebagai tuhan yang esa dan tiada sekutu bagiNya, beriman dengan malaikat , kitab, para rasul, hari akhirat dan qada' dan qadar.
Dakwah juga bermaksud sebagai seruan yang ditujukan kepada manusia oleh tuhan dan rasul untuk mempercayaai agama yang benar iaitu Islam. Perkara inilah yang diseru oleh para rasul dan setiap rasul mempunyai dakwahnya. Dakwah merangkumi risalah dan  ajaran islam yang mencakupi segala akidah, ibadah, akhlak, muamalah sarta syariah. 
Dakwah juga mengandungi semua jenis metod mengajak manusia kepada risalah islam  dan semua cara menyampaikan ajaran Allah dan Rasul dalam pelbagai peringkatnya. Jelasnya pengertian dakwah hendaklah mengandungi dua perkara iaitu usaha dan pengajaran yang disampaikan oleh agama islam. Islam akan menjadi dakwah yang benar, jika ia dibawa oleh pendakwah yang faham dan berakhlak.  Dakwah mengikut Kamus Dewan Edisi ketiga ialah kegiatan menyeru dan meyakinkan  orang lain supaya menerima sesuatu kepercayaan. 

MENURUT PANDANGAN...

Menurut Muhammad al-Ghazali :
menjelaskan maksud dakwah sebagai satu program (barnamij) yang lengkap, yang kesemua peringkatnya mengandungi semua ilmu pengetahuan yang diperlukan oleh manusia bagi menjelaskan tujuan dan matlamat hidup dan bagi menyingkap petunjuk jalan yang menjadi petunjuk kepada mereka.

Menurut Ibn Taimiyyah :
dakwah adalah satu usaha seruan ke arah beriman kepada Allah s.w.t dan apa yang disampaikan oleh rasul-rasul-Nya iaitu dengan membenarkan segala perkara yang disampaikan oleh para rasul dan mentaati perintah mereka. Antara tugas dakwah adalah menyuruh (al-amru) melaksanakan apa yang disukai Allah dan rasul-Nya akan perkara yang wajib dan sunat, zahir dan batin. Tugas dakwah juga terdiri daripada menegah (an-nahyu) segala larangan Allah dan rasul-Nya sama ada zahir atau batin. Tidak sempurna dakwah kiranya tidak ke arah melaksanakan apa yang dikehendaki Allah dan meninggalkan apa yang tidak disukai-Nya, sama ada dari perkataan atau perbuatan zahir.

Nabi Muhammad S.A.W : 
setelah diangkat menjadi rasul Allah S.W.T , Nabi S.A.W melakukan dakwah islam sama ada secara lisan, tulisan mahupun perbuatan. Pada awalnya Nabi Muhammad memulakan dakwahnya kepada isteri, keluarga dan para sahabatnya. Dakwah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad pada mulanya dilakukan secara sembunyi-sembunyi. Kemudian selepas pengikut baginda bertambah ramai, barulah baginda melakukan dakwah secara terang-terangan bermula dari peristiwa yang berlaku di Bukit Safa. Setelah Nabi Muhammad S.A.W wafat dakwah islam dilanjutkan oleh para sahabat . Pada zaman sahabat dan selepas sahabat penyebaran dakwah semakin meluas dan berkembang seluruh pelusuk dunia. 


KEPENTINGAN DAN HUKUM BERDAKWAH 



Hukum berdakwah terbahagi kepada dua, iaitu Fardu Ain dan Fardu  Kifayah. Walau bagaimanapun pendapat kebanyakan ulamak menyatakan hukum  berdakwah adalah wajib hukumnya bagi setiap individu. 


Firman Allah SWT dalam surah Ali-Imran ayat 104 yang bermaksud,
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan Amat yang menyeru lepada kebajikan, menyuruh lepada makruf dan mencegah dari yang mungkar, merekalah orang-orang yang beruntung".

Sabda nabi SAW, "Barangsiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran maka  hendaklah dia mengubah dengan tangannya, apabila tidak kuasa maka dengan lidahnya,  apabila tidak kuasa dengan hatinya, yang demikian itu adalah selemah-lemah iman"



Hadith riwayat Muslim.

Sabda nabi SAW, "Sampaikanlah dari ku walaupun dengan satu ayat"
Hadith riwayat Al-Bukhari


RUKUN DAKWAH 

1. Topik utama dakwah.
Maudhu' ad-dakwah adalah ad-din atau al-Islam 'aqidahnya, 'ibadahnya, akhlaqnya, dan segala yang merangkumi usulnya. Furu'nya dan lain-lainnya.

2. Para Pendakwah 
Istilah "Pendakwah" sudah difahami oleh masyarakat hari ini. Sebagai seorang islam  yang memiliki profession khusus dalam arena dakwah. Para ilmuwan menyebutkan orang itu sebagai:



Pendakwah hendaklah menguasai ilmu-ilmu asas yang dikenali sebagai fardhu 'ain agar terhindar dari celaan masyarakat apabila mengetahui dan mendapati bahawa pendakwah yang dihadapannya itu belum bersedia dengan ilmu asas yang dengannya akan mengurangkan penerimaan mereka kepada apa jua yang didakwahkan itu. 



3. Penerima dakwah.
Penerima dakwah adalah manusia seluruhnya sama ada Muslim atau kafir. Adakalanya penerima dakwah itu ramai dan pelbagai peringkat pula. Maka para Pendakwah perlu menyedari tabiat mereka yang bukan semuanya akan menerima dakwah dan bukan pula semuanya menolak dakwah.

4. Pendekatan dalam berdakwah.
Uslub al - da'wah mestilah diasaskan di atas manhaj Rabbani. Itulah asas yang tidak dapat tidak dikembalikan kepada-Nya. Panduan utama kita adalah al - Qur'an, sebagai sumber paling berautoriti diikuti Sabda Rasulullah SAW dan ijmak ulama dan qias. Panduan utama yang perlu dirujuk oleh setiap Muslim.

DEFINISI TEKNOLOGI MAKLUMAT (ICT)


DEFINISI ICT


Teknologi maklumat ditakrifkan sebagai teknologi yang digunakan oleh individu mengumpul data dan menganalisis data menjadi maklumat berguna dan bermakna serta menghasilkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks, grafik, suara, animasi dan maya. Data dan maklumat sentiasa diperlukan untuk tujuan tertentu seperti bagi tujuan peningkatan ilmu/pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan kemampuan. Teknologi komunikasi membolehkan individu atau kelompok individu bertukar data dan maklumat dalam ruang waktu dan tempat yang tidak terbatas, dengan cepat dan dalam masa yang sama ('synchronous') melalui rangkaian setempat atau global. Teknologi Maklumat boleh disimpulkan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran, pemproesesandan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi.

Terdapat tiga asas penting dalam pengunaan teknologimaklumat, iaitu:-

Pertama: Teknologi maklumat adlaah untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan untuk suntingan dengan menggunakan teknologi.
Kedua: Teknologi Maklumat untuk memanipulasikan maklumat dan proses semula imej.
Ketiga: Teknologi Maklumat digunakan untuk berkomunikasi.

KESAN ICT DALAM DAKWAH

POSITIF


Keupayaan menghantar, menerima dan memproses maklumat telah dapat diperluas. Penerimaan ilmu tidak lagi melalui perantaraan antara pendakwah dan sasarannya sahaja, malah dilakukan dengan menggunakan komputer dan bilik-bilik seminar bukan lagi disempadani batu-bata dan kayu, sebaliknya alam maya. Semua kerja dapat dijalankan dengan cepatdan efektif. Umpamanya, dengan adanya emel, sesuatu maklumat dapat dihantar dengan cepat melewati batas sempadan negara, masa dan ruang.pembangunan dakwah menerusi multimedia dapat mengeratkan lagi hubungan antara masyarakat islam Malaysia, sama ada yang berada di dalam negara atau yang berada di luar negara. Mereka boleh saling memberi dan menerima pendangan, nasihat menasihati dan saling tegur menegur antara satu dengan yang lain.

NEGATIF

PENGARUH BUDAYA ASING
terdapat unsur-unsur negatif yang menular masuk dalam budaya tempatan. Perkara ini akan menjadikan sesuatu dakwah yang hendak disampaikan tidak tepat dan mungkin akan dieksploitasi oleh fahaman-fahaman yang menyimpang dari ajaran Islam sebenar.

MENJEJASKAN KESIHATAN
ICT yang mengeluarkan radiasi elektromagnetik yang dikaitkan dengan penyakit barah dan keguguran kendungan.

KESAHIHAN MAKLUMAT
Maklumat yang tepat dan benar kesahihannya adalah penting bagi menjamin tidak berlaku penyelewengan dan kepalsuan fakta. Terutama sekali dalam soal ilmu keagamaan yang perlu dipastikan kebenarannya. Oleh itu seseorang perlu merujuk kepada simber asal bagi mengesahkan maklumat dan mengelakkan kekeliruan. Rujukan maklumat semata-mata kepada internet tanpa pengesahan akan menimbulkan masalah tentang kebenaran fakta sesuatu maklumat.

PELAYARAN WEB NEGATIF. 22
Ketagihan terhadap laman web negatif mencetuskan kerosakan maruah, nilai keperibadian, dorongan terhadap jenayah seksualiti, masalah perundangan, perhubungan interpersonal dan pembaziran wang serta masa.

Saturday 13 December 2014

perkongsian Ilmu Aqidah...

Ciri-ciri Keistemewaan Islam

1.5.1   Rabbaniyah
1.5.2   Thabat wa Murunah
1.5.3   Waqi’iyyah
1.5.4   Tawazun
1.5.5   Syumul
1.5.6    Alamiyah
1.5.7   Wasatiyyah
1.5.1    Rabbaniyah (Ketuhanan)
Rabbaniyah bermaksud bersifat ketuhanan. Jadi, apa saja yang kita lakukan adalah dan yang disukai oleh Tuhan.  Contohnya kita menolong orang, ia dikatakan Rabbaniyah kerana Tuhan yang perintahkan.  Apabila kita melakukannya kita mendapat keredaan Tuhan. Demikianlah dengan yang lain, sama ada kita lakukan yang baik atau meninggalkan yang dilarang adalah kerana percaya kepada Allah, bukan kerana manusia, adat atau lainnya. Kalau kita lakukan sesuatu kerana manusia, maka ia tidak bersifat Rabbaniyah.
1.5.2    Thabat wa Murunah (Tetap dan anjal)
Di antara keistimewaan Islam ialah ia bersifat tetap, sama ada dari prinsip ‘Aqidah atau Syariah.  Walaupun demikian, dalam pelaksanaannya ia adalah anjal iaitu boleh berubah.  Dari aspek ‘Aqidah misalnya, kita tetap meyakini keesaan Allah s.w.t. dan haram serta boleh membawa kepada murtad jika seseorang Islam itu tunduk kepada berhala.  Tetapi dalam keadaan terpaksa ia melakukannya sedangkan hatinya tetap   mentauhidkan kepada Allah s.w.t., maka ia tidak berdosa dan tidak jatuh agamanya.
Dalam aspek syari’ah misalnya, kita diharamkan memakan bangkai dan apa-apa lagi yang diharamkan. Jika terpaksa kerana kelaparan, maka pada masa itu tidaklah berdosa kerana ia bertjuan hendak menyelamatkan nyawa.

1.5.3      Waqi’iyyah (Praktikal)

Dalam bahasa Melayu Waqi’iyyah boleh diterjemahkan sebagai praktikal atau ideal dan realistik.  Dari segi kepercayaan, Islam adalah agama yang ideal kerana percaya kepada keesaan Allah s.w.t.  dan yakin kewujudanNya serta beribadat kepada Allah serta minta tolong kepadaNya.
Dari aspek perundangan kita dapati setiap peraturan ada faedah dan maslahahnya sama ada kepada disi sendiri, keluarga dan masyarakat amnya.  Contohnya seperti pengharaman arak, judi, zina dan lain-lain.  Itu adalah untuk kebaikan sedang keburukannya telah diketahui oleh semua orang.
Bincang dengan kawan-kawan anda mengenai kebaikan memakan
makanan yang halal dan keburukan makanan yang haram
1.5.4    Tawazun (Seimbang)
Seimbang bermaksud sederhana di antara dua keadaan yang bertentangan.   Dalam Islam setiap perkara disyari’atkan dalam bentuk yang cukup seimbang. Ini termasuklah dalam aspek kepercayaan, perundangan dan nilai.  Perhatikan contoh-contoh di bawah ini:

a.  Seimbang Dari Sudut Kepercayaan

Islam mengajak manusia mempercayai perkara yang dapat dibuktikan dengan hujah dan dalil yang jelas. Contohnya :
  • Islam membezakan antara golongan yang keterlaluan dalam mempercayai semua perkara tanpa bukti, dengan golongan yang tidak menerima kewujudan sesuatu melainkan dengan bukti empirikal.
Dalam dunia ini ada golongan yang mempercayai wujudnya banyak tuhan, seperti menyembah binatang, pokok, matahari, bulan, bintang dan sebagainya. Mereka memuja dan meminta kepada objek berkenaan dan mereka percaya bahawa objek tersebut mempunyai kuasa memberi dan menyampaikan hajat, sedangkan akal tidak dapat membuktikan pokok itu boleh menyampaikan hajat.
Ada golongan lain pula tidak percaya kepada benda-benda yang tidak nampak. Mereka hanya percaya kepada apa yang boleh dibuktikan secara empirikal dan saintifik, atau yang boleh dibuktikan dalam makmal sains.  Mereka ini menolak adanya Tuhan dan hari Qiamat.  Sebab Tuhan tak boleh ditunjukkan dan hari Qiamat tak tahu di mana.
Islam adalah agama yang sederhana kerana percaya kepada perkara yang ghaib, tetapi terhad kepada apa yang diberitahu oleh Allah dan RasulNya sahaja.   Islam percaya kepada adanya Tuhan, dan Tuhan itu satu sahaja iaitu Allah yang Esa. Bukti empirikal dipercayai oleh Islam selagi tidak bertentangan dengan SunnatulLah seperti yang diisyaratkan oleh Al-Quran.  Ini berbeza dengan kumpulan yang percaya kepada banyak tuhan dan yang tidak percaya kepada Tuhan dan hanya percaya kepada kekuatan akal fikiran.

b.  Seimbang Antara Amalan Untuk Duniawi Dengan Amalan Ukhrawi

Islam memerintahkan umatnya mengerjakan ibadat, dan dalam masa yang sama ia juga harus bekerja untuk keperluan dunianya. Islam membahagikan masa sehari semalam sesuai dengan fitrah kejadian manusia, iaitu 8 jam untuk bekerja, 8 jam untuk berehat dan 8 jam untuk beribadat.
Orang yang bekerja 24 jam dianggap keterlaluan untuk keduniaan dan orang yang beribadat 24 jam tanpa melakukan kerja-kerja untuk kehidupan harian, juga dianggap keterlaluan. Islam menganjurkan supaya mengambil yang seimbang dan bersikap sederhana dalam melakukan tugas-tugas seharian.
Cuba buat lakaran grafik pembahagian masa sehari semalam seperti teks di atas

c.  Seimbang Antara Kerohanian dan Kebendaan

 Manusia dijadikan daripada dua unsur, iaitu jasad dan roh.  Islam mengaturkan supaya kita memberi makanan kepada rohani dengan ibadat dan makanan jasmani dengan bahan makanan dan miuman yang dibenarkan.  Tanpa kedua-dua jenis makanan ini manusia itu menjadi tidak seimbang.

d.  Seimbang Antara Individu dan Masyarakat

Setiap individu mesti memelihara kehormatan dirinya dan dalam masa yang sama ia juga mesti memelihara kehormatan masyarakatnya. Ia tidak dibenarkan merosakkan masyarakat dengan tujuan membela dirinya.  Demikian juga sebaliknya, seseorang itu tidak boleh merosakkan dirinya untuk menjaga nama baik masyarakat.

e.  Seimbangan antara kepentingan Individu dan masyarakat

Kepentingan individu mestilah tidak bertentangan dengan kepentingan masyarakat. Jika ada yang bertentangan maka hendaklah diutamakan kepentingan masyarakat.  Misalnya, jika negara terancam, maka pengorbanan individu diperlukan, dan  harta individu perlu dikeluarkan jika masyarakat sangat memerlukannya.
1.5.5    Syumul (Sempurna)
Syumul bermaksud lengkap dan sempurna.  Anda tentu sudah yakin bahawa agama Islam ialah agama yang akhir diturunkan oleh Allah kepada nabi yang akhir dan untuk manusia di akhir zaman.  Mari sama-sama kita lihat, ia sempurna dari aspek apa?

a.  Islam sempurna dari aspek jangka masa.
Nabi-nabi yang lalu diutuskan untuk satu golongan umat sahaja.  Contohnya umat Nabi Musa, Nabi Isa, Nabi Noh, Nabi Hud, Nabi Salleh alaihimus-salam, semuanya diutus untuk kaum masing-masih untuk satu masa tertentu.  Firman Allah:
Bermaksud:  Dan sesunguhnya Kami telah utuskan pada tiap-tiap umat itu seorang rasul (dan menyeru mereka) “Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut”. 
Surah al-Nahl, 36.

FirmanNya lagi:
Bermaksud:  Dan tidak Kami ustuskan sebelummu (wahai Muhammad) seorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya:  “Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang sebenarnya) melainkan Aku; oleh itu beribadatlah kepada Aku”. 
Surah al-Anbiya 25.

Ini bermaksud bahawa  nabi-nabi dahulu membawa risalah yang sama daripada Allah s.w.t. iaitu agama Tauhid.  Iaitu mengesakan Allah dan beribadat kepadaNya dan menjauhi perbuatan syirik, iaitu beribadat kepada selain daripada Allah.
Ini berbeza dangan Nabi Muhammad s.a.w., baginda diutuskan untuk umat akhir zaman dan terus menerus hingga hari Qiamat dan tidak ada nabi lagi selepas baginda s.a.w.  Seluruh manusia adalah dituntut supaya mengikuti ajaran baginda s.a.w. 
Firman Allah:
Bermaksud:  Katakanlah (wahai Muhammad):  “Wahai sekelian manusia!  Sesungguhnya aku adalah pesuruh Allah kepada kamu semua”. 
Surah al-A’raf 158.

b.         Peraturan hidup yang sempurna.

Hidup manusia dilengkongi dengan kepercayaan, undang-undang dan juga nilai. Ketiga-tiga perkara ini telah dibincang sebelum ini dalam sub-tajuk Sistem dalam Islam. Dalam Islam telah wujud ketiga-tiga perkara ini untuk menjamin keselamatan manusia di dunia dan akhirat.  Sistem kepercayaan mengatur manusia untuk berada di atas jalan yang lurus sesuai dangan pencipataanya.  Sistem undang-undang mengatur kehidupan manusia, iaitu hubungan manusia sesama manusia, manusia dengan Tuhan, dengan binatang, alam sekitar dan bermacam-macam lagi.

1.5.6    Alamiyah: Perutusan Islam menyeluruh tanpa sempadan (Risalah Sejagat)

Nabi-nabi dahulu diutuskan untuk kaumnya dan di tempat berkenaan sahaja. Seperti Nabi Nuh, Hud, Lut, Salleh dan lain-lain.  Ini berbeza dengan perutusan Nabi Muhammad s.a.w. yang mana baginda diutus untuk seluruh alam, hatta makhluk jin pun disuruh beriman dengan Nabi Muhammad s.a.w. dan tidak ada had masa dan sempadan geografi, kerana tidak ada lagi nabi selepas Nabi Muhammad s.a.w..
Ajaran Islam   bukan sahaja berkaitan dengan hubungan manusia dengan Tuhannya, malah merangkumi hubungan manusia dengan sesama manusia, sama ada yang muslim atau bukan muslim, hubungan manusia dengan alam, termasuk binatang, dan juga hubungan manusia dengan alam ghaib seperti alam malaikat dan jin. Islam meletakkan peraturan individu, keluarga, masyarakat, kenegaraan dan hubungan antarabangsa.  Ibadat pula bukan setakat solat dan haji sahaja, malah semua pergerakan adalah ibadat, termasuk bekerja, bermain, berkahwin, menolong orang, memberi makan binatang dan sebagainya.

1.5.7    Wasatiyyah (kesederhanaan)

Maksud Wasatiyyah ialah pertengahan atau sederhana. Malah al-Quran menggelarkan umat Islam sebagai umat pertengahan (Ummatan Wasatan).  Firman Allah:
Bermaksud:  Dan demikianlah Kami jadikan kamu (umat Islam) sebagai umat yang pertengahan (umat pilihan dan adil) agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad s.a.w.) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu.  Surah al-Baqarah 143.

     Cuba anda fikir,  apa maksud umat pertengahan?

Umat pertengahan dalam ayat di atas mempunyai beberapa maksud, antaranya:
a.   Umat yang terpilih di sisi Allah kerana sikap dan amalannya
b.   Umat yang adil dan tetap dalam keadilan
c.   Umat yang di tengah iaitu yang diperhati oleh orang lain sebagai contoh
kerana keunikannya
d.   Umat yang mengamalkan sikap sederhana dalam segenap segi.
Cuba kita lihat beberapa contoh sederhana:

Sederhana antara ketuhanan dan kemanusiaan:  Iaitu tidak dituntut
beribadat sepanjang masa sehingga meninggal kewajipan rumah tangga
seperti makan minum, berkahwin dan sebagainya.

Sederhana antara kerohanian dan kebendaan:  Yakni tidak dituntut
supaya tinggalkan harta benda dunia atau hidup hanya mengejar dunia sehingga tidak langsung melakukan ibadat.

Sederhana dalam perbelanjaan.  Iaitu tidak membazir dan tidak pula bakhil.

Sederhana dalam Ibadat.  Tidak dituntut mendirikan solat sepanjang hari dan malam, tetapi solat pada waktunya dan masa lain bekerja untuk dunia.

Sederhana dalam Akhlak.  Islam mendidik umatnya supaya mengahayati akhlak dengan sebaik-baiknya.  Walau bagaimanapun tidaklah hendak menjadikan seorang manusia itu sebagai malaikat sehingga tidak ada cacat celanya langsung. Di samping itu tidaklah pula membiarkan seorang itu tidak berakhlak sehingga perangainya seperti syaitan.
Inilah di antara contoh-conntoh  kesederhanaan dalam Islam.
Bincang dengan kawan-kawan anda mengenai kebaikan memakan
makanan yang halal dan keburukan makanan yang haram

waallahu'alam....

ISLAM IMAN DAN IHSAN

Apa makna Islam?
“Islam bermaksud selamat atau menyerah diri kepada Allah.  Ia adalah nama bagi agama Allah yang akhir sekali, ia diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. untuk disampaikan kepada semua manusia di akhir zaman”.

  Apakah semua manusia di akhir zaman mesti memeluk agama Islam?

Ya, demikianlah kehendak Allah seperti yang difirmankan dalam surah Āli-Imran:
Bermaksud:  Sesungguhnya agama (yang benar) di sisi Allah ialah Islam.
Surah Āli-Imran ayat 19.
Dalam ayat lain Allah berfirman:
Maksudnya:  Sesiapa yang mencari agama selain daripada agama Islam, maka tidak akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat nanti termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi.  Surah Āli-Imran ayat 85. 

Perkataan “Islam” berasal daripada kalimah سَلِمَ يَسْلَمُ سِلْمًا    yang bermaksud selamat dan  اَسْلَمَ يُسْلِمُ اِسْلاَمًا   bermaksud tunduk, patuh dan berserah.  Dari segi istilah ia bermaksud tunduk dan patuh kepada perintah Allah s.w.t. iaitu Tuhan pencipta dan pentadbir seluruh alam, dengan penuh rela, bukan dengan paksaan atau perasaan terpaksa. Berserah pula bermaksud menyerah diri kepada Allah untuk menerima perintahNya, sama ada untuk melakukan sesuatu atau meninggalkannya.
Islam ialah agama yang mempunyai peraturan hidup yang sempurna atau cara hidup yang syumul (a complete way of life) yang merangkumi sistem kepercayaan, perundangan dan nilai (akhlak).
Dalam sebuah hadis riwayat Muslim sahabat menceritakan bahawa pada suatu hari semasa Rasulullah s.a.w. sedang duduk-duduk bersama para sahabat tiba-tiba datang seorang lelaki yang berpakaian serba putih dan tidak seorang pun sahabat yang mengenalinya.  Dia terus masuk dan duduk di hadapan Rasulullah s.a.w. sehingga lututnya bertemu dengan lutut Rasulullah s.a.w. serta berkata:
   “Wahai Muhammad, beritahu aku apa itu Islam?”  Maka jawab Rasulullah s.a.w.  “Engkau bersyahadah bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan solat, berpuasa Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji di Baitullah bagi yang kuasa sampai ke sana”. Jawabnya   “Engkau benar”

   Kemudian dia berkata lagi  “beritahu aku apa itu Iman”  Maka jawab Rasulullah s.a.w. “Engkau percaya (beriman) kepada Allah, para malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulnya, hari akhirat dan qada dan qadar”  Jawabnya  “Engkau benar”

   Kemudian dia berkata lagi “Beritahu aku apa pula maksud Ihsan”.  Maka jawab Rasulullah s.a.w.  “Bila engkau beribadat kepada Allah buatlah dengan bersungguh-sungguh seolah-olah engkau  nampak Allah.  Walaupun kamu tidak dapat melihatNya tetapi Dia (Allah) tetap melihat kamu…….”

   Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Umar al-Khattab “Kenalkah siapa orang itu” Jawab Umar “Allah dan Rasulnya yang lebih mengetahui”  Maka sabda Rasulullah s.a.w. “Dia adalah Jibrail datang mengajar agama kepada kamu”

Berdasarkan kepada hadis yang panjang ini kita dapat faham bahawa agama Islam mengandungi tiga perkara ini iaitu Islam, Iman dan Ihsan.  Ketiga-tiga ini juga disebut Aqidah (kepercayaan), Syari’ah (Perundangan) dan Akhlak (Nilai).  Inilah  yang dikatakan Islam itu mengandungi sistem kepercayaan, sistem perundangan dan sistem nilai.
                   Pengertian Islam Islam (Aslama)  bermaksud tunduk, patuh dan taat kepada Allah dengan melakukan segala suruhannya dan meninggalkan larangannya
         Pengertian IhsanIhsan bermaksud melakukan sesuatu dengan sebaik-baiknya dan bersungguh-sungguh.
        Pengertian ImanIman ialah percaya kepada Allah, malaikat, kitab-kitab, rasu-rasul, hari Kiamat dan Qadha dan Qadar.
1.2 Asas-asas Islam

Ada tiga perkara yang menjadi asas kepada agama Islam iaitu ‘Aqidah, Syari’ah  dan Akhlak.  ‘Aqidah ialah kepercayaan kepada Allah, Syari’ah ialah perundangan dan Akhlak pula sistem nilai.  Di bawah ini dibincang dengan lebih terperinci.

1.2.1    Aqidah (Sistem Kepercayaan)
Dari segi bahasa, Aqidah bermaksud simpulan atau tali yang tersimpul.  Dari segi istilah syara’ pula, ‘Aqidah bermakud kesimpulan yang tetap atau kepercayaan yang kukuh dalam diri manusia yang berkaitan dengan ketuhanan dan lain-lain kepercayaan agama.
Contohnya; “dalam hati seorang muslim terpahat satu kepercayaan yang kukuh bahawa Allah itu ada, Dia merupakan Tuhan yang berkuasa atas segala-galanya”.  Ini ialah ‘Aqidah.
Contoh yang lain ialah “di dalam diri seorang muslim terdapat satu kepercayaan bahawa nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan pada tahun 571 M itu tetap wujud dan menjadi Rasul Allah untuk menyeru manusia mentauhidkan Allah”.  Inilah yang dikatakan ‘Aqidah.
Dalam keadaan yang lain Aqidah ini disebut juga I’tiqad ( اعتقاد ).  Ia juga bermaksud kepercayaan.  Contohnya;  “mengikut I’tiqad Ahlussunnah wal-Jama’ah bahawa siksa kubur itu ada”.  Yakni mengikut kepercayaan Ahlussunnah wal-Jama’ah siksa kubur itu ada.
1.2.2    Sistem Perundangan
Adakah anda tahu ada berapa jenis undang-undang
Asas di dalam sistem perundangan Islam?
Dalam Islam terdapat 4 bahagian besar perundangan Islam iaitu:
  1. Undang-undang Ibadat
  2. Undang-undang Muamalat
  3. Undang-undang Munakahat
  4. Undang-undang Jinayat

Huraian

Tujuan  undang-undang ini ialah untuk kesejahteraan hidup manusia, iaitu mengatur manusia supaya melakukan yang ma’ruf dan menjauhi yang mungkar.  Undang-undang tersebut ialah :
Undang-undang Ibadat.  Maksud Undang-undang Ibadat ialah peraturan-peraturan dan tatacara mengerjakan ibadat dalam Islam.  Ini termasuklah peraturan-peraturan mengenai ibadat solat, puasa, zakat, haji, qurban, aqiqah dan sebagainya.  Ibadat ini digelar Ibadat Khusus.  Ia mempunyai syarat dan rukunnya, dan jika tidak menepati syarat dan rukun itu ibadat dikira tidak sah dan tidak diterima.
Selain daripada itu terdapat pula jenis ibadat lain yang digelar Ibadat Umum.  Ini termasuklah semua perkerjaan yang baik yang kita lakukan setiap hari seperti bekerja, belajar, tolong menolong, sedekah, kenduri, beriadah, bermain, makan, minum, berkahwin dan lain-lain.  Maksud ibadat ialah kita melakukan perkara itu kerana tunduk kepada perintah Allah, dan kita diberi ganjaran pahala kerana melakukannya.  Ini bermakna kita makan, minum, bermain, bekerja dan sebagainya akan mendapat pahala asalkan tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Contohnya, makan minum yang dibenarkan dan bekerja pada tempat yang dibenarkan.  Demikianlah sebaliknya, iaitu berdosa jika makan makanan yang dilarang atau bekerja pada tempat yang dilarang.
Undang-undang Muamalat.  Ini merujuk kepada peraturan yang berkaitan dengan hubungan sesama manusia seperti jual beli, sewa menyewa, hutang piutang, pengurusan, pentadbiran dan sebagainya.  Dalam undang-undang muamalat terdapat beberapa peraturan untuk kepentingan dan kesejahteraan manusia.
Undang-undang Munakahat :  Undang-undang ini ialah undang-undang yang berkaitan dengan nikah kahwin.  Ianya termasuklah peraturan tentang meminang, aqad nikah serta syarat-syaratnya, wali, talak, ruju’, hadhanah (hak penjagaan anak), dan lain-lain seperti yang dibincang dengan panjang lebar dalam Bab Nikah.
Undang-undang Jinayat.  Ini ialah undang-undang yang berkaitan dengan pentadbiran mahkamah, hukum qisas (hukum bunuh balas kepada orang yang membunuh orang), hudud, (hukum ke atas orang yang berzina, menuduh orang berzina dan mencuri), ta’zir (hukuman dera keatas orang yang minum arak) dan lain-lain.
Di Jabatan Agama Islam Negeri terdapat Undang-Undang Keluarga Islam. Cuba anda buat tinjauan di Jabatan berkenaan dan perhatikan apakah kandungan Undang-Undang tersebut

1.2.3    Sistem Nilai     

Sekarang cuba anda fikirkan, apakah yang dimaksudkan dengan Sistem
Nilai Islam?  Apakah ia sama dengan sistem nilai umum yang diamalkan
dalam masyarakat sekarang?
Sistem nilai Islam ialah satu sistem untuk menilai tingkah laku manusia berdasarkan hukum nilai yang diletakkan oleh Allah.  Sistem nilai Islam serba tetap serta mutlak. Ia bersifat sarwajagat.  Maknanya, di mana sahaja kita berada, nilai itu tetap sama, melainkan jika ada unsur-unsur lain yang menyebabkan ia berubah berdasarkan prinsip-prinsip tententu menurut perbincangan dalam ilmu Usul Fiqh. Yang uniknya ialah nilai itu diletakkan oleh Allah dan dinilai oleh Allah s.w.t.,  sebab itu ia serba tetap.
Adapun nilai adat dan masyarakat diletakkan oleh masyarakat dan dinilai oleh masyarakat mengikut norma masyarakat tersebut.  Dengan demikian ia tidak tetap, malah banyak perbezaannya, lain masyarakat lain nilainya.  Contohnya adalah seperti perabezaan antara masyarakat barat dan timur.  Apa yang baik di barat tidak semestinya baik di timur.  Misalnya berkucup mulut lelaki perempuan di khalayak ramai adalah bagus, tetapi bagi masyarakat timur itu tidak bagus kerana bertentangan dengan nilai adat.  Kalau mengikut nilai Islam haram di timur dan haram di barat.  Inilah yang dikatakan nilai Islam itu serba tetap.
Di dalam Sistem Nilai Islam terdapat 5 kategori nilai yang menjadi asas penilaian bagi semua perbuatan dan tingkah laku manusia, iaitu :
  1. Fardhu atau wajib
  2. Haram
  3. Sunat
  4. Makruh
  5. Mubah atau harus
Fardhu atau wajib ialah nilai tetap terhadap suruhan yang mesti dilakukan oleh setiap orang Islam. Melakukannya dikira beribadat dan mendapat pahala.  Meninggalkannya dikira derhaka dan haram serta berdosa. Contohnya solat, puasa, mencari nafkah, menutup aurat dan sebagainya.

Haram pula ialah sesuatu yang ditegah dan dilarang.  Meninggalkannya adalah satu ibadat dan diberi pahala, melakukannya adalah  ingkar dan derhaka serta berdosa.  Contohnya berjudi, minum arak, berzina, mendedahkan aurat, menganiayai orang atau binatang, melakukan sesuatu yang membahaya dan merosakkan diri sendiri atau orang lain seperti memandu dengan cara yang salah dan sebagainya.

Sunat ialah sesuatu yang baik dan dianjurkan supaya melakukannya.  Melakukannya dikira beribadat dan mendapat pahala.  Meninggalkannya tidak berdosa.  Contohnya menjamu makan, menolong orang dalam keadaan biasa, memberi hormat kepada kawan dengan mengucap Salam atau ucapan lain yang sesuai bagi yang bukan Islam dan sebagainya.

Makruh ialah sesuatu yang kurang baik dilakukan, malah dianjurkan supaya meninggalkannya.  Sesiapa yang meninggalkannya adalah ibadat dan diberi pahala. Melakukannya tidak berdosa.  Contohnya makan makanan yang berbau tidak enak, bercakap dengan suara yang tinggi tanpa sebab dan sebagainya.

Harus atau Mubah ialah sesuatu yang dilakukan atau meninggalkannya tidak berpahala dan tidak pula berdosa.  Contohnya jenis makanan dan minuman, selagi tidak diharamkan semuanya harus.  Demikian juga dengan warna dan jenis pakaian.  Harus memakai atau tidak memakai pakaian yang berwarna atau tidak berwarna asalkan ia menutup aurat.
Jadi apa saja yang kita lakukan dalam hidup kita seharian dan di mana saja kita berada, tidak akan terlepas daripada nilai ini.  Inilah sistem nilai Islam yang cukup unik yang diletakkan oleh pencipta manusia iaitu Allah s.w.t. dan Dia-lah yang menilai dan memberi ganjaran yang sewajarnya.

1.3.      Maqasid al-Shari’ah 
Adakah anda biasa dengar istilah ini?  Jika belum biasa perhatikan perbincangan di bawah ini
Perkataan “maqasid” berasal daripada “qasad dan maqsad” yang bererti tujuan atau maksud.  Syari`ah ialah perundangan Islam.  Kedua perkataan itu digabungkan bermaksud   tujuan perudangan Islam atau sebahagian penulis menamakannya dengan Falsafah Tashri’ atau Falsafah Perundangan Islam.  Jadi, tajuk ini membincangkan mengenai mengapa diturunkan undang-undang Islam seperti yang kita ketahui sekarang.
Mengikut Haron Din (2000) tujuan Allah menurunkan undang-undang syari’at ialah untuk menjaga lima perkara, iaitu:
1.   Agama
2.   Jiwa
3.   Akal fikiran
4.   Harta benda
5.   Keturunan

Huraian

Menjaga agama bermakna menjaga agama seseorang muslim itu supaya tidak jatuh, atau menjadi murtad.  Menjaga agama juga bermaksud mengaja kesucian dan ketinggian agama Islam sebagai agama Allah, iaitu Tuhan yang menciptakan seluruh alam.  Dengan demikian maka terdapat undang-undang syari’at yang melarang orang Islam murtad.  Sekiranya murtad ia akan dinsihat supaya bertaubat dan kembali balik kepada Islam dalam masa 20 hari.  Sekiranya masih engkar juga maka ia dihukum bunuh (Mastika Hadith, jld. 1).  Ini adalah untuk mejaga kesucian agama, kerana yang keluar daripada Islam ia  menghina Islam, lantaran itu ia dihukum bunuh.
Perundangan Islam juga mencegah penganutnya mengamalkan amalan syirik, kerana syarik boleh merosakkan aqidah seseorang.  Orang yang rosak aqidah jika ia mati dalam keadaan demikian ia akan kekal di dalam neraka, sedangkan   ia adalah ahli syurga kerana ia seorang muslim. Jadi, undang-undang Islam hendak menyelamatkan setiap muslim daripada neraka. Demikianlah indahnya perundangan Islam.

Menjaga Jiwa bermaksud menjaga diri seseorang daripada hilang jiwanya atau mati disebabkan oleh kezaliman manusia.  Dengan sebab itu turun undang-undang melarang membunuh orang atau membunuh diri dengan apa cara sekalipun.  Orang yang membunuh orang, sama ada secara terang atau sulit dikira bersalah, dan kesalahan itu hukumannya ialah  dibunuh balas (hukum Qisas).  Jadi, hukum Qisas itu ialah untuk memelihara jiwa manusia.

Menjaga Akal fikiran bermaksud menjaga kesihatan akal dengan menjauhi perkara-perkara yang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi mabuk atau gila.  Kerana mabuk itu menjatuhkan martabat manusia lebih rendah daripada binatang, sebab ia tidak boleh berfikir dengan waras. Malah ia akan membahayakan dan membawa kerosakan kepada orang lain khasnya jika ia memandu semasa sedang mabuk.  Akal fikiran adalah anugerah Allah yang paling berharga kepada manusia.  Dengan demikian Islam melarang kita merosakkanya.  Larangan tersebut adalah untuk memelihara akal yang sihat daripada tercemar dan memelihara keselamatan umum  serta harta benda.

Harta benda ialah semua yang kita miliki.  Harta benda adalah satu pemberian Allah  kepada hambaNya setelah ia berusaha untuk mendapatkannya.  Mencuri, menyamun, menipu, monopoli dan sebagainya adalah satu kerosakan kerana memindahkan milik seseorang kepada orang lain dengan secara zalim. Perbuatan itu juga menyebabkan masyarakat tidak aman, dengan sebab itu maka Islam mengharamkan perbuatan tersebut.  Inilah falsafah di sebalik pengharamannya.

Keturunan.  Manusia yang sempurna akalnya menginginkan keturunan yang baik dan sihat.  Islam pula menganjurkan supaya menjaga keturunan dan melarang merosakkannya.  Perbuatan zina, rogol, homoseks adalah di antara amalan-amalan yang boleh merosakkan keturunan  Dengan sebab itu Islam mengharamkan semua amalan seperti tersebut.  Tujuannya tidak lain melainkan untuk menjaga ketrurunan dan kedamaian rumah tangga.

1.3.1    Pembahagian Maqasid

Daripada keterangan di atas boleh dibuat kesimpulan bahawa Maqasid Shar’iyah boleh dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu:
1.   Maqasid ‘Ammah
2.   Maqasid Khassah

Maqasid ‘Ammah ialah tujuannya untuk masyarakat umum.  Contohnya larangan daripada mencuri, arak dan zina ialah untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman umum.  Yakni seluruh manusia atau ahli masyarkat mendapat manfaatnya dan terjauh daripada kerugian dan kerosakan.

Maqasid Khassah ialah kebaikannya untuk perseorangan.  Contohnya orang tidak minum arak terselamat akalnya daripada rosak.  Orang yang tidak meminang atas pinangan orang lain atau tunang orang, terselamat dirinya daripada cemohan orang.

Selain daripada larangan, suruhan yang positif juga mempunyai tujuan atau hikmahnya yang tertentu yang dikatakan Maqasid al-Shari’ah.  Contohnya solat.  Solat Jamaah  dapat  mengukuhkan persahabatan, malah solat itu sendiri bertujuan untuk mengingati Allah dan  mendekatkan diri kepadaNya  Seperti firman Allah yang bermaksud:
Sesungguhnya Aku-lah Allah, tiada tuhan melainkan Aku.  Maka beribadatlah kepadaKu dan dirikan solat untuk mengingati Aku.  Surah Taha 14. 

Falsafah daripada menigati Allah ialah untuk mendapat ketenangan.  Firman Allah:
Maksudnya:   Ingatlah bahawa dengan mengingatkan Allah akan
menenteramkan jiwa.  Surah al-Ra’d 28
Orang Islam diajar bahawa untuk mendapat ketenangan hendaklah mengingati Allah, iaitu dengan cara beribadat kepadanya, khasnya dengan mendirikan solat.  Ketenangan tidak akan dapat dengan mengunjungi pusat-pusat hiburan, minum arak, mengambil dadah atau berpoya-poya.  Dengan mendekatkan diri kepada Allah sahajalah yang akan dapat menenteram  dan menenangkan jiwa kita.
Selain daripada itu, Allah menjamin bahawa orang yang menunaikan solat dengan sempurna akan terhindar daripada melakukan perkara mungkar dan keji.  Ini jelas daripada firman Allah:
Bermaksud:  Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu mencegah (pelakunya) daripada melakukan perkara yang keji dan mungkar.  Surah al-‘Ankabut 45.
Demikianlah dengan ibadat-ibadat lain seperti zakat, haji, umarh, aqiqah, qurban dan lain-lain atau larangan-larangan Allah seperti menzalimi, memfitnah,  membunuh, menuduh dan sebagainya, semuanya mempunyai hikmah-hikmahnya yang tertentu yang dipanggil Maqasi al-Shar’iyah.

1.4.      Tasawwur Islam:  Keistimewaan dan ciri-ciri
Adakah anda pernah mendengar perkataan Tasawwur sebelum ini?
Tasawwur ialah kalimah Arab.  Biasanya diterjemahkan sebagai “pandangan hidup”.  Dalam bahasa Inggeris disebut “World View”.  Kalau mengikut tajuk ini ia bermaksud “Pandangan Hidup Islam”.  Ada juga disebut dengan “Pandangan Alam Semesta”.  Tidak ada satu terjemah yang tepat bagi kalimat tersebut.  Maksudnya ialah melihat Islam secara keselulruhan, dengan demikian ternampaklah Islam itu Indah, syumul, dan istimewa kerana merangkumi segala-galanya.

wallahu'alam...bersambung lagi..

salam persahabatan...


Persahabatan…
Pujangga pernah berkata, persahabatan yang tidak jujur umpama meniti buih di lautan. Hamparan buih nan memutih, hanya indah di luaran namun melewatinya bererti menuju ke jurang kehancuran .Mencari sahabat sejati bukanlah mudah….ramai yang bersama berkongsi suka, namun kurang yang ingin menemani kita meniti duka.
Sahabat sejati nilainya tiada bandingan. Dia ibarat berlian yang terbenam di dasar lumpur. Meskipun berbalut kekotoran, gemerlap sinarnya terserlah jua. Sahabat sejati juga menjunjung erti setiakawan, kejujuran dan bertanggugjawab. Sama bergembira di waktu senang,  membimbing dan membantu sewaktu diri tergelincir dari batasan.
Meskipun mungkin menegur itu mungkin disalahtafsirkan, tetapi atas dasar tanggungjawab sebagai sahabat….diteruskannya juga. Sahabat sejati tidak semestinya perlu berada di sisi kita setiap masa. Mungkin dalam setahun, pertemuan dengannya boleh dihitung dengan jari. Namun, hubungan dalaman yang erat terjalin sebati di dalam jiwa. Biarpun jauh, nilai persahabatan yang sedemikian akan tergenggam erat dalam diari ingatan.
Menurut Imam Ghazali, persahabatan itu harus dilandaskan dengan jiwa yang bersih.Malah, Rasulullah S.A.W pernah bersabda:”Tidak sempurna iman kamu jika kamu tidak mengasihi kawan lebih drp kamu mengasihi diri sendiri”.Begitulah besarnya pengertian persahabatan dalam islam bersandarkan konsep persaudaraan. Justeru itu, marilah kita bersama2 merenung dan mengamalkan hak-hak persaudaraan dan persahabatan seperti yang digariskan di dalam Kitab Bimbingan Mukminin- Imam Ghazali ini.
Secara ringkasnya…
1) Hak dalam harta
dalam sebuah hadith ada disebutkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Perumpamaan dua org saudara adalah seperti dua tangan yang satu membersihkan yang lainnya…… H.R dailami. Hadith ini menyebutkan bahawa dalam persahabatan itu perlu ade saling bantu membantu dalam menunaikan tujuan yang satu.tujuan yang utama itu ialah bahawa kita sebagai sahabat perlu memberikan sahamnya secara bersama2 baik dalam keadaan suka dan duka ,gembira dan sengsara.
2) Hak dalam memberi pertolongan dengan tenaga dan lain-lain
salah satunya adalah hak untuk memenuhi keperluan sahabat. .Apabila seorang kawan berhajatkan bantuan dan kita pula mampu untuk menolongnya, bantulah dia..dengan disertai wajah yang manis,ramah tamah, ikhlas dan air muka yang gembira untuk menunjukkan bahawa…..kita suka apabila sahabat kita itu meminta bantuan drp kita.
Seorang ulama pernah berkata: Perhatikanlah saudara-saudaramu itu dalam 3 persoalan iaitu jikalau ada yg sakit, tinjaulah dan jikalau ada yang dalam kesibukan, berikanlah pertolongan dan jika ada yang dalam kealphaan, maka peringatkanlah ia………Dalam hal ini Allah taala ade berfirman:
“Orang2 mukmin ialah yang saling kasih-mengasihi antara sesama mereka itu” ayatullah ini menunjukkan supaya kita saling sayang menyayangi dan kasih mengasihi dengan sahabat2 kita.
3) Hak dalam lidah dan hati 
Ada dua perkara iaitu berdiam diri dan berkata-kata. Berdiam diri maksudnya, sebagai seorang sahabat yang baik..seharusnya kita tidak boleh bercakap2 tentang keaiban sahabat..bahkan perintah menutup aib org lain juga..perlu dipraktikkan kepada seluruh umat manusia..Tidak menyebarkan keburukan sahabat baik semasa sahabat berada di depan ataupun tidak. Dan jika sahabat itu bercerita kepada kita tentang rahsianya, tidak wajarlah kita menceritakan kepada sahabat2 yang lain pula.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Barangsiapa yang menutup cela saudaranya, maka Allah ta’ala akan menutupi celanya di dunia dan akhirat” Riwayat Ibnu Majah. Dalam riwayat lain ada menyebutkan:
Sabda Rasulullah: “dua org yang duduk bercakap2 itu harus disertai dengan amanat.Tidak halal salah seorang di antara keduanya itu menyiarkan mengenai saudaranya itu akan sesuatu yang tidak disenangi  olehnya
” H.R Hakim”
Sebaliknya pula jika ada perkara baik atau pujian sampaikanlah berita2 gembira pada sahabat itu. Rasulullah pernah bersabda:”Mohonlah perlindungan Allah dari pada tetangga yang jahat, apabila melihat kebaikan org lain ia selalu menutupinya dan apabila ia nampak keburukan, ia selalu menampak-nampakkannya H.R Bukhari.
Dengan berkata-kata pula,ialah saling nasihat menasihati,mengenali dengan lebih mendalam lagi sahabat2 dengan cara berkomunikasi. Sabda Rasulullah s.a.w: “Apabila seseorang dari kamu semua mencintai saudaranya,hendaklah memberitahukan hal itu kepadanya” H.R Abu Dawud,Tirmidzi dan Hakim. maknanya di sini..kita bagitaulah kepada sahabat kita yang kita menyukainya..agar selepas itu..sahabat akan lebih sayang kepada kita.
Selain itu, salah satu cara menunaikan hak sahabat ialah memanggilnya dengan gelaran yang paling disukai oleh sahabat itu. Ini akan lebih menggembirakannya.
Umar r.a pernah berkata: “Ada 3 perkara yang dapat menjernihkan kamu mengenai kecintaanmu kepada saudara2mu..iaitu, engkau mendahului mengucapkan salam sewaktu bertemu dengannya,hendaknya engkau memberikan ruang tempat duduk untuknya di dalam majlis dan hendaklah kau panggil ia dengan nama yang paling disukainya”
4) hak dalam memberi kemaafan
Memaafkan saudara adalah satu perbuatan mulia..baik kesalahan itu dilakukan secara sengaja ataupun tidak.Jika kesalahan sahabat itu bertentangan dengan agama, wajiblah menasihatinya dengan ramah dan lemah lembut. Seorang ulama pernah berkata: “Kemuliaan hati ialah dengan jalan memberi maaf kepada kesalahan2 sahabat2mu”
5 )Hak dalam mendoakan
Mendoakan sahabat baik semasa hayatnya ataupun matinya.Doakanlah kesejahteraan dan kejayaan saudara2 sebagaimana kita mendoakan untuk diri kita sendiri. Sabda Rasulullah s.a.w: “Apabila seorang itu mendoakan untuk saudaranya di kala tidak berhadapan dengannya, maka berkatalah malaikat:Kamu pun menerima sebagaimana doamu itu”
H.R Muslim.

Begitulah secara ringkasnya..(banyak lagi sebenarnya)…
Sahabat2 yang di dalam rahmat Allah,
Begitu besarnya pengetian sahabat menurut islam.Semua umat islam adalah bersaudara.Sudah sewajarnya kita saling sayang menyayangi,hormat menghormati dan bantu membantu..dan dalam erti kata lain, memenuhi hak2 sebagai seorang sahabat . Pilihlah sahabat yang dapat membawa kita kepada kebaikan.Tidak dinafikan pengaruh sahabat besar dalam hidup kita.Sekiranya kita dapat menasihati kawan yang tergelincir sedikit, itu sebaik-baiknya.
sebelum berundur..hayatilah maksud hadith ini..
“Bertemankan si pembuat haruman, walaupun kita tidak meramu wangian, namun harum aromanya tersebar jua, bertemankan si pembuat besi, walaupun tidak menempa besi, percikan baranya terkena jua”
sekian dulu.. sebarang kesilapan..harap diperbetulkan bersama..insyaAllah.
wallahua’lam..

Monday 8 December 2014

mengenang kembali...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam petang Isnin 8/12/2014 yang hening...
tatkala..hatiku merindui seseorang yang selama ini menjagaku..
aku sayang sangat kepadanya..
bulan 11/2014..genap setahun arwah nenek meninggalkan aku..
beliaulah yang menjagaku sejak kecil...tatkala ibu dan ayahku pergi mencari rezeki..
arwah nenek aku ini..baik dan penyayang orangnya...
aku sayang pada nenekku...
pernah sekali nenek aku aku pernah berseloroh...kepada kami..
"budak2 kalau nangis...dia lapar...bagilah makan ke...minum ke...kesian..." 
dalam hati kecilku berkata sambil aku tersenyum sipu...
"entah2 aku jadi bambam ni...aku suka nangis kot..tu yang bagi makan kalau nangis..." hihihi... tapi, apa-apa pun..aku memang respesct sangat kat arwah nenek aku ni.. dia memahami kehendak cucu-cucunya...
kami sayang nenek...

nenekku power...huhuhu

tika akau menulis blog ni...hatiku tetiba terasa hiba..aku tak dapat menahan kesedihan aku lagi...
andai nenekku masih ada lagi...dia pasti merasa gembira. kenapa?? sebab cita-cita aku nak masuk U dah tercapai...aku menanam hasrat ini dah lama..
arwah nenek aku ni...sangat ambil berat tentang kami.. kalau aku nak pergi ke sekolah..dia pasti akan menelefon aku... "dah nak pergi sekolah ke?? hati-hati bawak motor tu..bahaya kat jalan tu..."

kekadang..arwah nenek aku ni akan tepon aku..menanyakan khabar aku..sepatutnya aku yang tanya khabar dia..terbalik pula..memang nenek aku ni orang yang sangat care...
sejak setahun nenek aku pergi menghadap Ilahi untuk selamanya...kasih sayang aku telah beralih kepada ibu aku...
hanya gambar arwah nenek aku sahaja yang boleh melepaskan rindu aku ni..

nak tau apa lagi perjalanan hidupku selama 24 tahun hidup atas muka bumi ni....

kita akan berjumpa lagi..

bersambung...

Friday 5 December 2014

ehem..ehem...


Nama              : MOHAMMAD ZAM BIN KAMALUDDIN

Umur              : 24 TAHUN

Tarikh Lahir  : 02 MAC 1990

Alamat (1)       : NO.3665-H, LORONG DURIAN, KAMPUNG SINARAN BARU, SEELONG,
                           81300 SKUDAI, JOHOR BAHRU

Alamat (2)       : NO.17, JALAN GEMILANG 3, TAMAN BANANG JAYA, 
                            80300 BATU PAHAT, JOHOR

Tempat Bertugas  : SEKOLAH AGAMA TAMAN ANGGERIK
                                  JOHOR BAHRU

Alamat FB            : mohammad zam