Ciri-ciri Keistemewaan Islam
1.5.1 Rabbaniyah
1.5.2 Thabat wa Murunah
1.5.3 Waqi’iyyah
1.5.4 Tawazun
1.5.5 Syumul
1.5.6 Alamiyah
1.5.7 Wasatiyyah
1.5.1 Rabbaniyah (Ketuhanan)
Rabbaniyah bermaksud bersifat ketuhanan. Jadi, apa saja yang kita
lakukan adalah dan yang disukai oleh Tuhan. Contohnya kita menolong
orang, ia dikatakan Rabbaniyah kerana Tuhan yang perintahkan. Apabila
kita melakukannya kita mendapat keredaan Tuhan. Demikianlah dengan yang
lain, sama ada kita lakukan yang baik atau meninggalkan yang dilarang
adalah kerana percaya kepada Allah, bukan kerana manusia, adat atau
lainnya. Kalau kita lakukan sesuatu kerana manusia, maka ia tidak
bersifat Rabbaniyah.
1.5.2 Thabat wa Murunah (Tetap dan anjal)
Di antara keistimewaan Islam ialah ia bersifat tetap, sama ada dari
prinsip ‘Aqidah atau Syariah. Walaupun demikian, dalam pelaksanaannya
ia adalah anjal iaitu boleh berubah. Dari aspek ‘Aqidah misalnya, kita
tetap meyakini keesaan Allah s.w.t. dan haram serta boleh membawa kepada
murtad jika seseorang Islam itu tunduk kepada berhala. Tetapi dalam
keadaan terpaksa ia melakukannya sedangkan hatinya tetap mentauhidkan
kepada Allah s.w.t., maka ia tidak berdosa dan tidak jatuh agamanya.
Dalam aspek syari’ah misalnya, kita diharamkan memakan bangkai dan
apa-apa lagi yang diharamkan. Jika terpaksa kerana kelaparan, maka pada
masa itu tidaklah berdosa kerana ia bertjuan hendak menyelamatkan nyawa.
1.5.3 Waqi’iyyah (Praktikal)
Dalam bahasa Melayu Waqi’iyyah boleh diterjemahkan sebagai
praktikal atau ideal dan realistik. Dari segi kepercayaan, Islam adalah
agama yang ideal kerana percaya kepada keesaan Allah s.w.t. dan yakin
kewujudanNya serta beribadat kepada Allah serta minta tolong kepadaNya.
Dari aspek perundangan kita dapati setiap peraturan ada faedah dan maslahahnya
sama ada kepada disi sendiri, keluarga dan masyarakat amnya. Contohnya
seperti pengharaman arak, judi, zina dan lain-lain. Itu adalah untuk
kebaikan sedang keburukannya telah diketahui oleh semua orang.
Bincang dengan kawan-kawan anda mengenai kebaikan memakan
makanan yang halal dan keburukan makanan yang haram
1.5.4 Tawazun (Seimbang)
Seimbang bermaksud sederhana di antara dua keadaan yang
bertentangan. Dalam Islam setiap perkara disyari’atkan dalam bentuk
yang cukup seimbang. Ini termasuklah dalam aspek kepercayaan,
perundangan dan nilai. Perhatikan contoh-contoh di bawah ini:
a. Seimbang Dari Sudut Kepercayaan
Islam mengajak manusia mempercayai perkara yang dapat dibuktikan dengan hujah dan dalil yang jelas. Contohnya :
- Islam membezakan antara golongan yang keterlaluan dalam mempercayai semua perkara tanpa bukti, dengan golongan yang tidak menerima kewujudan sesuatu melainkan dengan bukti empirikal.
Dalam dunia ini ada golongan yang mempercayai wujudnya banyak tuhan,
seperti menyembah binatang, pokok, matahari, bulan, bintang dan
sebagainya. Mereka memuja dan meminta kepada objek berkenaan dan mereka
percaya bahawa objek tersebut mempunyai kuasa memberi dan menyampaikan
hajat, sedangkan akal tidak dapat membuktikan pokok itu boleh
menyampaikan hajat.
Ada golongan lain pula tidak percaya kepada benda-benda yang tidak
nampak. Mereka hanya percaya kepada apa yang boleh dibuktikan secara
empirikal dan saintifik, atau yang boleh dibuktikan dalam makmal sains.
Mereka ini menolak adanya Tuhan dan hari Qiamat. Sebab Tuhan tak boleh
ditunjukkan dan hari Qiamat tak tahu di mana.
Islam adalah agama yang sederhana kerana percaya kepada perkara yang
ghaib, tetapi terhad kepada apa yang diberitahu oleh Allah dan RasulNya
sahaja. Islam percaya kepada adanya Tuhan, dan Tuhan itu satu sahaja
iaitu Allah yang Esa. Bukti empirikal dipercayai oleh Islam selagi tidak
bertentangan dengan SunnatulLah seperti yang diisyaratkan oleh
Al-Quran. Ini berbeza dengan kumpulan yang percaya kepada banyak tuhan
dan yang tidak percaya kepada Tuhan dan hanya percaya kepada kekuatan
akal fikiran.
b. Seimbang Antara Amalan Untuk Duniawi Dengan Amalan Ukhrawi
Islam memerintahkan umatnya mengerjakan ibadat, dan dalam masa yang
sama ia juga harus bekerja untuk keperluan dunianya. Islam membahagikan
masa sehari semalam sesuai dengan fitrah kejadian manusia, iaitu 8 jam
untuk bekerja, 8 jam untuk berehat dan 8 jam untuk beribadat.
Orang yang bekerja 24 jam dianggap keterlaluan untuk keduniaan dan
orang yang beribadat 24 jam tanpa melakukan kerja-kerja untuk kehidupan
harian, juga dianggap keterlaluan. Islam menganjurkan supaya mengambil
yang seimbang dan bersikap sederhana dalam melakukan tugas-tugas
seharian.
Cuba buat lakaran grafik pembahagian masa sehari semalam seperti teks di atas
c. Seimbang Antara Kerohanian dan Kebendaan
Manusia dijadikan daripada dua unsur, iaitu jasad dan roh. Islam
mengaturkan supaya kita memberi makanan kepada rohani dengan ibadat dan
makanan jasmani dengan bahan makanan dan miuman yang dibenarkan. Tanpa
kedua-dua jenis makanan ini manusia itu menjadi tidak seimbang.
d. Seimbang Antara Individu dan Masyarakat
Setiap individu mesti memelihara kehormatan dirinya dan dalam masa
yang sama ia juga mesti memelihara kehormatan masyarakatnya. Ia tidak
dibenarkan merosakkan masyarakat dengan tujuan membela dirinya.
Demikian juga sebaliknya, seseorang itu tidak boleh merosakkan dirinya
untuk menjaga nama baik masyarakat.
e. Seimbangan antara kepentingan Individu dan masyarakat
Kepentingan individu mestilah tidak bertentangan dengan kepentingan
masyarakat. Jika ada yang bertentangan maka hendaklah diutamakan
kepentingan masyarakat. Misalnya, jika negara terancam, maka
pengorbanan individu diperlukan, dan harta individu perlu dikeluarkan
jika masyarakat sangat memerlukannya.
1.5.5 Syumul (Sempurna)
Syumul bermaksud lengkap dan sempurna. Anda tentu
sudah yakin bahawa agama Islam ialah agama yang akhir diturunkan oleh
Allah kepada nabi yang akhir dan untuk manusia di akhir zaman. Mari
sama-sama kita lihat, ia sempurna dari aspek apa?
a. Islam sempurna dari aspek jangka masa.
Nabi-nabi yang lalu diutuskan untuk satu golongan umat sahaja.
Contohnya umat Nabi Musa, Nabi Isa, Nabi Noh, Nabi Hud, Nabi Salleh
alaihimus-salam, semuanya diutus untuk kaum masing-masih untuk satu masa
tertentu. Firman Allah:
Bermaksud: Dan sesunguhnya Kami telah utuskan pada tiap-tiap
umat itu seorang rasul (dan menyeru mereka) “Hendaklah kamu menyembah
Allah dan jauhilah Taghut”.
Surah al-Nahl, 36.
FirmanNya lagi:
Bermaksud: Dan tidak Kami ustuskan sebelummu (wahai Muhammad)
seorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: “Bahawa
sesungguhnya tiada Tuhan (yang sebenarnya) melainkan Aku; oleh itu
beribadatlah kepada Aku”.
Surah al-Anbiya 25.
Ini bermaksud bahawa nabi-nabi dahulu membawa risalah yang sama
daripada Allah s.w.t. iaitu agama Tauhid. Iaitu mengesakan Allah dan
beribadat kepadaNya dan menjauhi perbuatan syirik, iaitu beribadat
kepada selain daripada Allah.
Ini berbeza dangan Nabi Muhammad s.a.w., baginda diutuskan untuk umat
akhir zaman dan terus menerus hingga hari Qiamat dan tidak ada nabi
lagi selepas baginda s.a.w. Seluruh manusia adalah dituntut supaya
mengikuti ajaran baginda s.a.w.
Firman Allah:
Bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai sekelian
manusia! Sesungguhnya aku adalah pesuruh Allah kepada kamu semua”.
Surah al-A’raf 158.
b. Peraturan hidup yang sempurna.
Hidup manusia dilengkongi dengan kepercayaan, undang-undang dan juga nilai.
Ketiga-tiga perkara ini telah dibincang sebelum ini dalam sub-tajuk
Sistem dalam Islam. Dalam Islam telah wujud ketiga-tiga perkara ini
untuk menjamin keselamatan manusia di dunia dan akhirat. Sistem
kepercayaan mengatur manusia untuk berada di atas jalan yang lurus
sesuai dangan pencipataanya. Sistem undang-undang mengatur kehidupan
manusia, iaitu hubungan manusia sesama manusia, manusia dengan Tuhan,
dengan binatang, alam sekitar dan bermacam-macam lagi.
1.5.6 Alamiyah: Perutusan Islam menyeluruh tanpa sempadan (Risalah Sejagat)
Nabi-nabi dahulu diutuskan untuk kaumnya dan di tempat berkenaan
sahaja. Seperti Nabi Nuh, Hud, Lut, Salleh dan lain-lain. Ini berbeza
dengan perutusan Nabi Muhammad s.a.w. yang mana baginda diutus untuk
seluruh alam, hatta makhluk jin pun disuruh beriman dengan Nabi Muhammad
s.a.w. dan tidak ada had masa dan sempadan geografi, kerana tidak ada
lagi nabi selepas Nabi Muhammad s.a.w..
Ajaran Islam bukan sahaja berkaitan dengan hubungan manusia dengan
Tuhannya, malah merangkumi hubungan manusia dengan sesama manusia, sama
ada yang muslim atau bukan muslim, hubungan manusia dengan alam,
termasuk binatang, dan juga hubungan manusia dengan alam ghaib seperti
alam malaikat dan jin. Islam meletakkan peraturan individu, keluarga,
masyarakat, kenegaraan dan hubungan antarabangsa. Ibadat pula bukan
setakat solat dan haji sahaja, malah semua pergerakan adalah ibadat,
termasuk bekerja, bermain, berkahwin, menolong orang, memberi makan
binatang dan sebagainya.
1.5.7 Wasatiyyah (kesederhanaan)
Maksud Wasatiyyah ialah pertengahan atau sederhana. Malah al-Quran menggelarkan umat Islam sebagai umat pertengahan (Ummatan Wasatan). Firman Allah:
Bermaksud: Dan demikianlah Kami jadikan kamu (umat Islam)
sebagai umat yang pertengahan (umat pilihan dan adil) agar kamu menjadi
saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad s.a.w.) menjadi
saksi atas (perbuatan) kamu. Surah al-Baqarah 143.
Cuba anda fikir, apa maksud umat pertengahan?
Umat pertengahan dalam ayat di atas mempunyai beberapa maksud, antaranya:
a. Umat yang terpilih di sisi Allah kerana sikap dan amalannya
b. Umat yang adil dan tetap dalam keadilan
c. Umat yang di tengah iaitu yang diperhati oleh orang lain sebagai contoh
kerana keunikannya
d. Umat yang mengamalkan sikap sederhana dalam segenap segi.
Cuba kita lihat beberapa contoh sederhana:
Sederhana antara ketuhanan dan kemanusiaan: Iaitu tidak dituntut
beribadat sepanjang masa sehingga meninggal kewajipan rumah tangga
seperti makan minum, berkahwin dan sebagainya.
beribadat sepanjang masa sehingga meninggal kewajipan rumah tangga
seperti makan minum, berkahwin dan sebagainya.
Sederhana antara kerohanian dan kebendaan: Yakni tidak dituntut
supaya tinggalkan harta benda dunia atau hidup hanya mengejar dunia sehingga tidak langsung melakukan ibadat.
supaya tinggalkan harta benda dunia atau hidup hanya mengejar dunia sehingga tidak langsung melakukan ibadat.
Sederhana dalam perbelanjaan. Iaitu tidak membazir dan tidak pula bakhil.
Sederhana dalam Ibadat. Tidak dituntut mendirikan solat sepanjang hari dan malam, tetapi solat pada waktunya dan masa lain bekerja untuk dunia.
Sederhana dalam Akhlak. Islam mendidik umatnya
supaya mengahayati akhlak dengan sebaik-baiknya. Walau bagaimanapun
tidaklah hendak menjadikan seorang manusia itu sebagai malaikat sehingga
tidak ada cacat celanya langsung. Di samping itu tidaklah pula
membiarkan seorang itu tidak berakhlak sehingga perangainya seperti
syaitan.
Inilah di antara contoh-conntoh kesederhanaan dalam Islam.
Bincang dengan kawan-kawan anda mengenai kebaikan memakan
makanan yang halal dan keburukan makanan yang haram
waallahu'alam....
No comments :
Post a Comment