Peranan ICT dalam penyebaran dakwah dalam era globalisasi
Prof. Madya Dr Syed Muhammad Dawilah al-Edrus
Pengarah Pusat Islam,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Ustaz Mohd. Lutfi Solehan
Penolong Pendaftar, Fakulti Pengurusan Teknologi,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Sekilas ulasan...
Dakwah merupakan satu amanah Ilahi yang bersifat mulia atau sakral. Pekerjaannya diwariskan oleh Allah kepada para anbiaya' dan awlia' dari satu generasi ke generasi. Dakwah dan hikmah merupakan dua kalimat sinonim yang sarat dinukilkan di dalam alQuran yang dikaitkan dengan kualiti ulu al-bab para pendakwah. Sebagai contohnya gerak kerja para Nabi dan Rasul sebagai da'i di dalam menyampaikan syariat Allah kepada ummatnya. Mereka dibekalkan dengan ilmu dakwah yang mantap dan cekap yang mencernakan kualiti unggul ulu al-bab. Dalam konteks pemikiran semasa (fikrah almu'asirah)
yang bertanggungjawab melakukan dakwah adalah tugas ummat Islam yang
tiada sebarang pengecualian. Semua sumber daya usaha ummat mesti digembeling ke
arah memperkasakan iltizam dan meningkatkan tindakan kerja-kerja dakwah. Justeru
penggunnaan ICT sesuatu yang releven dan penting digunakan bagi mempertingkatkan
keberkesanan penyebaran dakwah kepada khalayak yang lebih ramai. Inilah satu daripada
kaedah dakwah dalam menghadapi cabaran dan gugatan kerakusan serangan globalisasi
kini. Kertas ini cuba mengupas persoalan ini dan cuba memberikan cadangan
penyelesaian yang munasabah.
A. PENDAHULUAN
DEFINISI DAKWAH
Darisegi bahasa
Darisegi bahasa " dakwah" adalah ambilan daripada perkataan arab dan merupakan
masdar (kata benda) dari kata kerja da'a yad'u yang berarti panggilan, seruan atau ajakan.
Dari segi Istilah
Dakwah ialah panggilan kepada Allah atau pun seruan kepada agama islam. Oleh itu , agama dianggap sebagai risalah. Ia juga membawa pengertian bahawa islam adalah termasuk agama yang memgajak manusia untuk menganut prinsip yang diseru olehnya. Al-dakwah juga boleh ditakrifkan sebagai seruan kepada Allah mempercayai sebagai tuhan yang esa dan tiada sekutu bagiNya, beriman dengan malaikat , kitab, para rasul, hari akhirat dan qada' dan qadar.
Dakwah juga bermaksud sebagai seruan yang ditujukan kepada manusia oleh tuhan dan rasul untuk mempercayaai agama yang benar iaitu Islam. Perkara inilah yang diseru oleh para rasul dan setiap rasul mempunyai dakwahnya. Dakwah merangkumi risalah dan ajaran islam yang mencakupi segala akidah, ibadah, akhlak, muamalah sarta syariah.
Dakwah juga mengandungi semua jenis metod mengajak manusia kepada risalah islam dan semua cara menyampaikan ajaran Allah dan Rasul dalam pelbagai peringkatnya. Jelasnya pengertian dakwah hendaklah mengandungi dua perkara iaitu usaha dan pengajaran yang disampaikan oleh agama islam. Islam akan menjadi dakwah yang benar, jika ia dibawa oleh pendakwah yang faham dan berakhlak. Dakwah mengikut Kamus Dewan Edisi ketiga ialah kegiatan menyeru dan meyakinkan orang lain supaya menerima sesuatu kepercayaan.
MENURUT PANDANGAN...
Menurut Muhammad al-Ghazali :
menjelaskan maksud dakwah sebagai satu program (barnamij) yang lengkap, yang kesemua peringkatnya mengandungi semua ilmu pengetahuan yang diperlukan oleh manusia bagi menjelaskan tujuan dan matlamat hidup dan bagi menyingkap petunjuk jalan yang menjadi petunjuk kepada mereka.
Menurut Ibn Taimiyyah :
dakwah adalah satu usaha seruan ke arah beriman kepada Allah s.w.t dan apa yang disampaikan oleh rasul-rasul-Nya iaitu dengan membenarkan segala perkara yang disampaikan oleh para rasul dan mentaati perintah mereka. Antara tugas dakwah adalah menyuruh (al-amru) melaksanakan apa yang disukai Allah dan rasul-Nya akan perkara yang wajib dan sunat, zahir dan batin. Tugas dakwah juga terdiri daripada menegah (an-nahyu) segala larangan Allah dan rasul-Nya sama ada zahir atau batin. Tidak sempurna dakwah kiranya tidak ke arah melaksanakan apa yang dikehendaki Allah dan meninggalkan apa yang tidak disukai-Nya, sama ada dari perkataan atau perbuatan zahir.
Nabi Muhammad S.A.W :
setelah diangkat menjadi rasul Allah S.W.T , Nabi S.A.W melakukan dakwah islam sama ada secara lisan, tulisan mahupun perbuatan. Pada awalnya Nabi Muhammad memulakan dakwahnya kepada isteri, keluarga dan para sahabatnya. Dakwah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad pada mulanya dilakukan secara sembunyi-sembunyi. Kemudian selepas pengikut baginda bertambah ramai, barulah baginda melakukan dakwah secara terang-terangan bermula dari peristiwa yang berlaku di Bukit Safa. Setelah Nabi Muhammad S.A.W wafat dakwah islam dilanjutkan oleh para sahabat . Pada zaman sahabat dan selepas sahabat penyebaran dakwah semakin meluas dan berkembang seluruh pelusuk dunia.
KEPENTINGAN DAN HUKUM BERDAKWAH
Hukum berdakwah terbahagi kepada dua, iaitu Fardu Ain dan Fardu Kifayah. Walau bagaimanapun pendapat kebanyakan ulamak menyatakan hukum berdakwah adalah wajib hukumnya bagi setiap individu.
Firman Allah SWT dalam surah Ali-Imran ayat 104 yang bermaksud,
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan Amat yang menyeru lepada kebajikan, menyuruh lepada makruf dan mencegah dari yang mungkar, merekalah orang-orang yang beruntung".
Sabda nabi SAW, "Barangsiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya, apabila tidak kuasa maka dengan lidahnya, apabila tidak kuasa dengan hatinya, yang demikian itu adalah selemah-lemah iman".
Hadith riwayat Muslim.
Sabda nabi SAW, "Sampaikanlah dari ku walaupun dengan satu ayat".
Hadith riwayat Al-Bukhari
RUKUN DAKWAH
1. Topik utama dakwah.
Maudhu' ad-dakwah adalah ad-din atau al-Islam 'aqidahnya, 'ibadahnya, akhlaqnya, dan segala yang merangkumi usulnya. Furu'nya dan lain-lainnya.
2. Para Pendakwah
Istilah "Pendakwah" sudah difahami oleh masyarakat hari ini. Sebagai seorang islam yang memiliki profession khusus dalam arena dakwah. Para ilmuwan menyebutkan orang itu sebagai:
Pendakwah hendaklah menguasai ilmu-ilmu asas yang dikenali sebagai fardhu 'ain agar terhindar dari celaan masyarakat apabila mengetahui dan mendapati bahawa pendakwah yang dihadapannya itu belum bersedia dengan ilmu asas yang dengannya akan mengurangkan penerimaan mereka kepada apa jua yang didakwahkan itu.
3. Penerima dakwah.
Penerima dakwah adalah manusia seluruhnya sama ada Muslim atau kafir. Adakalanya penerima dakwah itu ramai dan pelbagai peringkat pula. Maka para Pendakwah perlu menyedari tabiat mereka yang bukan semuanya akan menerima dakwah dan bukan pula semuanya menolak dakwah.
4. Pendekatan dalam berdakwah.
Uslub al - da'wah mestilah diasaskan di atas manhaj Rabbani. Itulah asas yang tidak dapat tidak dikembalikan kepada-Nya. Panduan utama kita adalah al - Qur'an, sebagai sumber paling berautoriti diikuti Sabda Rasulullah SAW dan ijmak ulama dan qias. Panduan utama yang perlu dirujuk oleh setiap Muslim.
DEFINISI ICT
Teknologi maklumat ditakrifkan sebagai teknologi yang digunakan oleh individu mengumpul data dan menganalisis data menjadi maklumat berguna dan bermakna serta menghasilkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks, grafik, suara, animasi dan maya. Data dan maklumat sentiasa diperlukan untuk tujuan tertentu seperti bagi tujuan peningkatan ilmu/pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan kemampuan. Teknologi komunikasi membolehkan individu atau kelompok individu bertukar data dan maklumat dalam ruang waktu dan tempat yang tidak terbatas, dengan cepat dan dalam masa yang sama ('synchronous') melalui rangkaian setempat atau global. Teknologi Maklumat boleh disimpulkan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran, pemproesesandan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi.
Terdapat tiga asas penting dalam pengunaan teknologimaklumat, iaitu:- Pertama: Teknologi maklumat adlaah untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan untuk suntingan dengan menggunakan teknologi. Kedua: Teknologi Maklumat untuk memanipulasikan maklumat dan proses semula imej. Ketiga: Teknologi Maklumat digunakan untuk berkomunikasi. KESAN ICT DALAM DAKWAH POSITIF
Keupayaan menghantar, menerima dan memproses maklumat telah dapat diperluas. Penerimaan ilmu tidak lagi melalui perantaraan antara pendakwah dan sasarannya sahaja, malah dilakukan dengan menggunakan komputer dan bilik-bilik seminar bukan lagi disempadani batu-bata dan kayu, sebaliknya alam maya. Semua kerja dapat dijalankan dengan cepatdan efektif. Umpamanya, dengan adanya emel, sesuatu maklumat dapat dihantar dengan cepat melewati batas sempadan negara, masa dan ruang.pembangunan dakwah menerusi multimedia dapat mengeratkan lagi hubungan antara masyarakat islam Malaysia, sama ada yang berada di dalam negara atau yang berada di luar negara. Mereka boleh saling memberi dan menerima pendangan, nasihat menasihati dan saling tegur menegur antara satu dengan yang lain.
NEGATIF
PENGARUH BUDAYA ASING
terdapat unsur-unsur negatif yang menular masuk dalam budaya tempatan. Perkara ini akan menjadikan sesuatu dakwah yang hendak disampaikan tidak tepat dan mungkin akan dieksploitasi oleh fahaman-fahaman yang menyimpang dari ajaran Islam sebenar.
MENJEJASKAN KESIHATAN ICT yang mengeluarkan radiasi elektromagnetik yang dikaitkan dengan penyakit barah dan keguguran kendungan. KESAHIHAN MAKLUMAT
Maklumat yang tepat dan benar kesahihannya adalah penting bagi menjamin tidak berlaku penyelewengan dan kepalsuan fakta. Terutama sekali dalam soal ilmu keagamaan yang perlu dipastikan kebenarannya. Oleh itu seseorang perlu merujuk kepada simber asal bagi mengesahkan maklumat dan mengelakkan kekeliruan. Rujukan maklumat semata-mata kepada internet tanpa pengesahan akan menimbulkan masalah tentang kebenaran fakta sesuatu maklumat.
PELAYARAN WEB NEGATIF. 22
Ketagihan terhadap laman web negatif mencetuskan kerosakan maruah, nilai keperibadian, dorongan terhadap jenayah seksualiti, masalah perundangan, perhubungan interpersonal dan pembaziran wang serta masa.
|
Friday, 19 December 2014
RUMUSAN - Peranan ICT dalam penyebaran dakwah dalam era globalisasi
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
assalamualikum terima kasih mohon untuk guna sebagai rujukan
ReplyDelete